Monday, 18 August 2014

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH NILAM (JAN-JUN 2014)

Tarikh: 14 Julai 2014
Hari: Isnin
Tempat: Dewan Zum SK Seri Besout

Hadiah-hadiah telah dirasmikan oleh Tn Guru Besar, En Abas bin Saman. Program NILAM ini telah melibatkan semua murid dari Tahun 1-6 dan penyampaian hadiah dibahagi kepada 5 kategori iaitu seperti berikut:

1. PEMBACA TERBANYAK MENGIKUT TAHUN
2. PEMBACA TERBANYAK TAHAP 1
3. PEMBACA TERBANYAK TAHAP 2
4. ANUGERAH NILAM SEKOLAH (B.MELAYU)
5. ANUGERAH NILAM SEKOLAH (B.INGGERIS)

Anugerah NILAM Sekolah(B. Melayu) telah disandang oleh Muhammad Haziq Fikri B. Mohd Rizalman (5B). Manakala Anugerah NILAM Sekolah(B. Inggeris) disandang oleh Erna Sharina Bt Zaharuiddin (5B).
Kedua-dua mereka turut dipilih untuk mewakili sekolah ke Pertandingan NILAM pada 18 Ogos 2014. 






Sunday, 4 May 2014

Majlis Pelancaran Pembugaran Program NILAM 2014

Pada 14 April yang lalu, Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan Majlis Pelancaran NILAM di tapak perhimpunan dan kumpulan sasaran adalah semua murid dari Tahun1-6. Tema bagi Program NILAM tahun ini ialah 'Jangan Jadi Seperti Katak Di Bawah Tempurung". Program ini telah dirasmikan oleh Pn. Hjh Napisah Bt Hj. Shaari selaku Guru Besar SK Seri Besout. Antara objektif kepada perlaksanaan program ini adalah membina tabiat membaca murid-murid secara berterusan dan menggalakkan penggunaan Pusat Sumber Sekolah melalui pembacaan. Antara aktiviti yang dicadangkan adalah:
1. Membaca buku dan membuat catatan dalam Buku Rekod Bacaan NILAM.
2. Promosi buku baharu.
3. Aktiviti galakan membaca di perhimpunan sebelum perhimpunan pagi.
4. Penganugerahan kepada pembaca terbanyak bulanan.
5. Penganugerahan kepada peminjam buku terbanyak bulanan.
6. Anugerah Tokoh NILAM peringkat sekolah.
7. Minggu Pusat Sumber

Jejak Junior PSP

Program ini telah dianjurkan olehPusat Sumber Pembelajaran MRSM Felda,Kampus Tun Abdul Razak khusus buat Pengawas-Pengawas Pusat Sumber SK Seri Besout pada 16 Februari yang lalu. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid sekolah rendah tentang Pusat Sumber Pembelajaran(PSP). Objektif kepada program ini ialah menjadikan PSP sebagai nadi dalam pembangunan pemikiran pelajar. Terdapat 5 aktiviti yang dijalankan sepanjang program tersebut, antaranya Di Manakah Pen?, Info Hunt dan Explorace.