Wednesday, 13 June 2012

Lawatan ke Petrosains dan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur


Pada 3 Mei 2012, Pusat Sumber SK Seri Besout telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Petrosains dan Pesta Buku Antarabangsa yang ke-31 Semua pengawas PSS digalakkan menyertai aktiviti Pusat Sumber ini. Namun, tempat juga dibuka kepada pengawas sekolah dan pengawas SBPT yang berminat.

Seramai 40 orang pengawas dan 7 orang guru telah memulakan perjalanan pada pagi 3 Mei dan pulang ke SK Seri Besout semula sekitar jam 7.00 malam. Lawatan bermula di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur untuk menghadiri Pesta Buku Antabangsa. Bagi memudahkan pengurusan pergerakan dan memastikan keselamatan, para pengawas dibahagikan kepada tujuh kumpulan yang setiap satunya diawasi oleh seorang guru pengiring. Mereka dinasihatkan agar sentiasa memaklumkan guru pengiring mengenai pergerakan mereka. Mereka turut disediakan ‘identification tag’ yang tertera nama sekolah dan nombor telefon guru-guru pengiring untuk dipakai setiap masa.


Bertemu Ain Maisarah


Para peserta lawatan berasa gembira kerana memperolehi peluang untuk membeli buku-buku ilmiah untuk rujukan mereka pada harga lebih rendah daripada biasa. Tidak lupa juga buku-buku fiksyen yang menjadi tumpuan remaja selari dengan hiburan dan bacaan ringan.


Setelah hampir 3 jam di sana, lawatan bergerak ke Petrosains pula. Di sini, para peserta lawatan berpeluang mempelajari dengan lebih dekat mengenai bagaimana wujudnya sumber tenaga seperti petroleum. Pengalaman ‘hands-on’, ‘minds-on’, audio dan visual ini tidak disia-siakan peserta apabila mereka mencuba semua aktiviti yang ada di Petrosains.

Bergambar sebelum bergerak pulang

Lawatan ini telah memberikan perspektif pengurusan, kerjasama dan perkongsian yang lebih luas kepada semua yang menyertai. Para pengawas dan guru-guru pengiring bukan sahaja mendapat hasil jelas seperti buku-buku dan cenderahati, malah mereka juga menggarap sifat ingin tahu, bertanggungjawab, tolong-menolong dan bertolak ansur sepanjang perjalanan dan lawatan ini. Diharapkan lawatan seterusnya juga dapat memanfaatkan semua peserta dan guru-guru pengiring sepertimana lawatan ini.

Monday, 11 June 2012

Bulan Membaca dan Pembestarian Sekolah

Pada bulan April yang lalu, Pusat Sumber SK Seri Besout bersama organisasi Briged Bestari sekolah telah melancarkan Bulan Membaca dan Pembestarian Sekolah. Perasmiannya telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, Pn Hjh Napisah Hj Shaari dengan menarik reben pelancaran dan melepaskan belon-belon dari poster yang disediakan oleh GPM sendiri.


Pelbagai aktiviti telah dijalankan malah dimulakan semasa pelancaran lagi iaitu di mana beberapa belon-belon yang dilepaskan mengandungi soalan kuiz mengenai pembestarian sekolah. Pelajar yang bertuah diberi peluang untuk menjawab soalan-soalan yang ada dan menerima hadiah pada hari tersebut.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan ialah kuiz pembestarian, pembaca buku terbanyak untuk pelajar dan juga guru, pameran IT, perkongsian pembestarian dan banyak lagi.


Diharapkan kerjasama antara semua pihak ini dapat membangunkan lagi minat warga SK Seri Besout kepada aktiviti membaca dan menjadi lebih celik IT. Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan dan bantuan!~

Projek Taman Edibel

Pada setiap hujung tahun, Pusat Sumber SK Seri Besout akan merancang aktiviti-aktiviti untuk dilaksanakan sepanjang tahun yang seterusnya. Berikut ialah antara aktiviti yang sedang berjalan, iaitu bermula dari Mac hingga November ialah Projek Taman Edibel.

Projek ini dibangunkan bersama Panitia Sains dan Panitia Kemahiran Hidup. Taman ini terletak di hadapan kelas Pra sekolah dan di tengah bangunan antara blok B dan C. Setiap pohon merupakan tumbuhan yang boleh dimakan, digunakan sebagai remedi perubatan dan digunakan dalam masakan harian seperti serai, kunyit dan pandan.


Antara tumbuhan yang menghiasi Taman Edibel


Setiap tumbuhan dilabel dengan nama saintifik dan nama panggilan yang pelajar lebih maklum dan tahu. Pelbagai aktiviti dapat dan telah dijalankan di Taman Edibel ini. Contohnya, guru Sains membawa pelajar ke sini untuk mengenali tumbuhan edibel dengan lebih dekat dan sahih.

Taman Edibel ini akan terus dibangunkan dari masa ke semasa dengan lebih banyak tumbuhan edibel dan dengan harapan fungsi dan manfaatnya dapat dikekalkan. Kami dari Pusat Sumber SK Seri Besout mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan dan bantuan!~

Majlis Penyampaian Watikah Pengawas


*entri asal dari portal rasmi SK Seri Besout.

Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas telah berjaya diadakan dan disempurnakan oleh Puan Siti Saripah bt Undar, PK Pentadbiran pada 13 Feb lalu.
Majlis ini diadakan semasa perhimpunan mingguan sekolah. Majlis ini melibatkan penyampaian watikah perlantikan pengawas kepada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan pengawas SPBT.
Majlis dimulakan dengan Asmaul Husna, Nyanyian Lagu, Bacaan Ikrar. Kemudian, PK Pentadbiran memberi ucapan sempena majlis ini. Beliau mengingatkan para pengawas supaya menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan jujur dan ikhlas.
Penyampaian watikah perlantikan pengawas sekolah disempurnakan oleh PK Pentadbiran dan kemudiannya diikuti oleh penyampaian watikah pelantikan pengawas PSS dan SPBT oleh PK Kokurikulum, Tn Hj Azli bin Aman.
Berikut adalah gambar daripada lensa kamera Cikgu Wan untuk tatapan warga sekolah.

Pengawas membaca ikrar
Penyampaian Watikah Pelantikan kepada Ketua Pengawas PSS

Salam Perkenalan

Assalamualaikum,
Salam sejahtera,
Salam Perak Aman Jaya...

Selamat datang kepada semua!

Blog ini adalah salah satu usaha kami untuk berkongsi maklumat dan ilmu secara terbuka bersama warga SK Seri Besout, PIBG, para pelajar dan pengunjung blog ini. Informasi dan aktiviti terkini mengenai pusat ilmu kami ini akan terus dimajukan dari masa ke semasa.

Jika terdapat sebarang pertanyaan,
cadangan dan teguran..
sila hubungi Pusat Sumber kami di
seribesout@gmail.com



Ne visiter à nouveau!
(that’s “do visit again” in french…see? we’re already sharing knowledge ^__^)