Pada setiap hujung tahun, Pusat Sumber SK Seri Besout akan merancang aktiviti-aktiviti untuk dilaksanakan sepanjang tahun yang seterusnya. Berikut ialah antara aktiviti yang sedang berjalan, iaitu bermula dari Mac hingga November ialah Projek Taman Edibel.
Projek ini dibangunkan bersama Panitia Sains dan Panitia Kemahiran Hidup. Taman ini terletak di hadapan kelas Pra sekolah dan di tengah bangunan antara blok B dan C. Setiap pohon merupakan tumbuhan yang boleh dimakan, digunakan sebagai remedi perubatan dan digunakan dalam masakan harian seperti serai, kunyit dan pandan.
![]() |
| Antara tumbuhan yang menghiasi Taman Edibel |
Setiap tumbuhan dilabel dengan nama saintifik dan nama panggilan yang pelajar lebih maklum dan tahu. Pelbagai aktiviti dapat dan telah dijalankan di Taman Edibel ini. Contohnya, guru Sains membawa pelajar ke sini untuk mengenali tumbuhan edibel dengan lebih dekat dan sahih.
Taman Edibel ini akan terus dibangunkan dari masa ke semasa dengan lebih banyak tumbuhan edibel dan dengan harapan fungsi dan manfaatnya dapat dikekalkan. Kami dari Pusat Sumber SK Seri Besout mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan dan bantuan!~

No comments:
Post a Comment