Pada 14 April yang lalu, Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan Majlis Pelancaran NILAM di tapak perhimpunan dan kumpulan sasaran adalah semua murid dari Tahun1-6. Tema bagi Program NILAM tahun ini ialah 'Jangan Jadi Seperti Katak Di Bawah Tempurung". Program ini telah dirasmikan oleh Pn. Hjh Napisah Bt Hj. Shaari selaku Guru Besar SK Seri Besout. Antara objektif kepada perlaksanaan program ini adalah membina tabiat membaca murid-murid secara berterusan dan menggalakkan penggunaan Pusat Sumber Sekolah melalui pembacaan. Antara aktiviti yang dicadangkan adalah:
1. Membaca buku dan membuat catatan dalam Buku Rekod Bacaan NILAM.
2. Promosi buku baharu.
3. Aktiviti galakan membaca di perhimpunan sebelum perhimpunan pagi.
4. Penganugerahan kepada pembaca terbanyak bulanan.
5. Penganugerahan kepada peminjam buku terbanyak bulanan.
6. Anugerah Tokoh NILAM peringkat sekolah.
7. Minggu Pusat Sumber
Sunday, 4 May 2014
Jejak Junior PSP
Program ini telah dianjurkan olehPusat Sumber Pembelajaran MRSM Felda,Kampus Tun Abdul Razak khusus buat Pengawas-Pengawas Pusat Sumber SK Seri Besout pada 16 Februari yang lalu. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid sekolah rendah tentang Pusat Sumber Pembelajaran(PSP). Objektif kepada program ini ialah menjadikan PSP sebagai nadi dalam pembangunan pemikiran pelajar. Terdapat 5 aktiviti yang dijalankan sepanjang program tersebut, antaranya Di Manakah Pen?, Info Hunt dan Explorace.
Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Pusat Sumber 2014
Majlis anjuran Pusat Sumber SK Seri Besout ini telah diadakan pada 22 Januari 2014 bertempat di Dewan Semai Bakti Felda Gunung Besout 1. Seramai 31 murid dari Tahun 3 hingga 6 telah dilantik sebagai Pengawas Pusat Sumber bagi sesi 2014. Setinggi-tinggi penghargaan buat Ketua Balai Bomba Slim River kerana sudi merasmikan majlis berkenaan. Objektik utama program ini diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan dan semangat kepada Pengawas Pusat SumberSekolah Kebangsaan Seri
Besout supaya melakukan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan
dedikasi dan penuh bertanggungjawab.
Subscribe to:
Posts (Atom)