Pada
3 Mei 2012, Pusat Sumber SK Seri Besout telah menganjurkan lawatan sambil
belajar ke Petrosains dan Pesta Buku Antarabangsa yang ke-31 Semua pengawas
PSS digalakkan menyertai aktiviti Pusat Sumber ini. Namun, tempat juga dibuka
kepada pengawas sekolah dan pengawas SBPT yang berminat.
Seramai
40 orang pengawas dan 7 orang guru telah memulakan perjalanan pada pagi 3 Mei
dan pulang ke SK Seri Besout semula sekitar jam 7.00 malam. Lawatan bermula di
Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur
untuk menghadiri Pesta Buku Antabangsa. Bagi memudahkan pengurusan pergerakan
dan memastikan keselamatan, para pengawas dibahagikan kepada tujuh kumpulan yang
setiap satunya diawasi oleh seorang guru pengiring. Mereka dinasihatkan agar
sentiasa memaklumkan guru pengiring mengenai pergerakan mereka. Mereka turut
disediakan ‘identification tag’ yang
tertera nama sekolah dan nombor telefon guru-guru pengiring untuk dipakai
setiap masa.
![]() |
Bertemu Ain Maisarah |
Setelah hampir 3 jam di
![]() |
Bergambar sebelum bergerak pulang |
Lawatan
ini telah memberikan perspektif pengurusan, kerjasama dan perkongsian yang
lebih luas kepada semua yang menyertai. Para
pengawas dan guru-guru pengiring bukan sahaja mendapat hasil jelas seperti
buku-buku dan cenderahati, malah mereka juga menggarap sifat ingin tahu,
bertanggungjawab, tolong-menolong dan bertolak ansur sepanjang perjalanan dan
lawatan ini. Diharapkan lawatan seterusnya juga dapat memanfaatkan semua peserta
dan guru-guru pengiring sepertimana lawatan ini.
No comments:
Post a Comment